Cara Simpan Brownies Yang Betul

Brownies adalah sejenis pencuci mulut yang mempunyai struktur kasar pada permukaan tetapi lembut dan gebu di dalamnya.

Brownies bukan kek, dan bukan juga biskut. Ada yang kata brownies adalah kategori kek bantat.

Tahu tak, brownies tahan 5-7 hari dan tak perlu disimpan dalam peti ais.

Cara simpan ialah dengan letakkan saja pada suhu bilik dan dalam bekas kedap udara. Ini kerana, jika simpan dalam peti ais, ia akan menjadi terlalu keras disebabkan bahan utama yang digunakan adalah mentega/butter.

Tapi kebiasaanya, ia tak akan tahan lama lepas sampai ke tangan kita sebab, lepas rasa sekali mesti terasa nak makan lagi dan lagi dan lagi. Kannnn? 😂



Comments