Cara Confirm Order

Cara #afidabakery terima order:

Biasanya pelanggan akan pm atau whatsapp untuk bincang tentang jenis kek/design/tema hinggalah waktu dan lokasi untuk cod atau delivery.

Tapi, ni belum dikira confirm sehinggalah pelanggan tu buat bayaran deposit. Barulah saya akan keluarkan resit dan tempahan tu akan masuk kat list di bakery.

Jadi, pada yang dah bagi semua details tentang tempahan kek/cupcakes tapi belum bank in deposit, harap dapat bertindak ya.

Bukan apa, sebelum ni saya bagi kelonggaran pada customer especilly yang buat last minit order. Tak sempat nak bank in, ok takpa boleh bayar cash. Tapi rupanya, bila buat macam tu ada yang ambil kesempatan.

Pernah baru² ni ada customer order kek, agak last minute jugak la. Tiba waktu nak ambil kek tiba² tak datang ambil. Senyap macam tu aje. Kalau setakat kek yang biasa² tu boleh dimaafkan. Tapi, ni custom made cake yang boleh tahan jugak la modalnya pun. Nak menangis rasa. Sejak haritu saya syaratkan setiap order perlu disertakan deposit. No deposit, no cakes.

Nampak macam kasar kan, tapi itu yang terpaksa saya buat. Harap semua pelanggan dapat terima cara ni ya. Saya rasa bakers lain pun dah lama buat macam ni. Cuma saya je, lembut hati sikit selama ni. 😂

Comments