Panduan Memilih Kek Pengantin

Panduan Memilih Kek Pengantin

Majlis perkahwinan merupakan acara yang julung kali diadakan. Sekali seumur hidup. Jadi, para pengantin mesti mahukan yang terbaik untuk majlis masing². Berikut dikongsikan beberapa tips atau panduan memilih kek pengantin yang jimat, sedap dan cantik

1. Deco/krim kek
Ramai yang sukakan kek yang simple tapi nampak elegant kan. Oleh itu, deco soft-fondant merupakan pilihan yang tepat selain harga yang lebih murah  berbanding kek fondant. Walaupun menggunakan buttercream tetapi ia tidak mudah cair. Jadi, pengantin tidak perlu risau jika kek berada lama di atas meja sepanjang majlis berlangsung.

2. Design kek
Kek bertingkat lebih popular dan menjadi pilihan para pengantin untuk acara potong kek. Walaubagaimanapun, kek jenis 'bertiang'  atau stand lebih mudah dipotong berbanding kek tiers. Contohnya, untuk kek bertiang, jika pengantin memotong bahagian atas, kek di tingkat bawah masih cantik dan boleh di simpan untuk tetamu istimewa yang belum sampai atau mungkin untuk tuan rumah sendiri.  Biasalah, kalau waktu kenduri tuan rumahlah yang paling sibuk hinggakan kadang kala nak menjamah makanan pun tak sempat. Kan?  Kek tiers pula, lebih mudah comot dan agak sukar disimpan dalam bentuk asal. (rujuk gambar untuk lebih faham)

3. Jenis kek
Selain kek yang cantik, rasa kek yang sedap juga sangat penting. Untuk kek perkahwinan yang menggunakan buttercream, dicadangkan kek coklat moist atau kek butter adalah paling sesuai. Kek-kek continental yang menggunakan cream cheese, fresh cream atau choc ganache kurang sesuai kerana mudah cair.

4. Warna Tema
Kek yang cantik biasanya mempunyai tidak lebih dari tiga warna. Pilih warna kek yang kontra dengan warna baju pengantin. Contohnya jika baju pengantin warna pastel, kek perlu lebih striking warnanya dan begitu juga sebaliknya. Apapun, terpulang pada citarasa pengantin juga.










Comments