Last Minute Order

Kenapa #afidabakery tak terima last minute order?

Ada yang marah bila kami terpaksa reject order disebabkan terlalu last minute. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa terpaksa tolak, bukan saja² tau. 

KUALITI
Pertama, untuk jaga kualiti. Hasil kerja last minute tak sama dengan kerja yang dibuat ikut perancangan. Bila last minute, tak dapat nak fokus dengan teliti design dan hiasan kek ikut permintaan pelanggan. 


T&C BAYARAN
Nak tempah kek secara online tak sama macam beli kek kat kedai. Dah nama pun 'tempah'  kan. Maksudnya bukan nak ambil kek time tu jugak la. Jadi, kenalah follow t&c yang dah ditetapkan. Ada dua cara untuk ambil kek. Pertama, self pick up. Kedua, delivery. Terma bayaran berbeza untuk kedua-dua kaedah tersebut. 


KOMITMEN
Order awal menggambarkan komitmen pelanggan. Banyak kali berlaku, customer order last minute dan dalam keadaan tergesa². Dan, tiba² bila tempahan siap call bagitahu terpaksa cancel order dengan 1001 alasan. Habis tu kek yang dah siap tu nak buat apa? Oleh srbab tu, kami tak dapat terima last minute order ni. 

Comments