Apa Beza Fondant & Soft-fondant

Hai, Assalamualaikum.

Sedikit sharing tentang istilah soft-fondant. Ada yang keliru. Dan ada yang kata tak wujud istilah ni dalam dunia baking.

Saya tak berminat nak berdebat tentang penggunaan istilah. Cuma nak jelaskan sikit apa yang saya tahu. Ikut kefahaman dan apa yang saya belajarlah ya.

Soft-fondant ni sebenarnya guna kaedah steam buttercream. Buttercream yang dipanaskan secara double-boil kemudian pada suhu tertentu dituang atas cake yang dah siap di crumcoat.

Hasil kaedah ni sama seperti kek yang dihias menggunakan fondant.

Untuk bacaan tambahan boleh tengok kat sini


http://cuitcutecakes.blogspot.com/2011/12/fondant-vs-soft-fondant-kak-nab-lia-n.html?m=1


Saya belajar teknik ni tahun 2011. Sekarang, dengan kemunculan ramai bakers² baru dan pelbagai teknik lain yang lebih advance mungkin ramai yang dah tak guna istilah ni.


Kalau kita tanya pada 'otai' atau 'orang lama' dalam dunia baking ni pasti ada yang tahu.





Comments