Kenapa Perlu Order Awal?


Pertama, setiap tempahan akan ada nombor giliran masing². Jadi, siapa yang booking awal dia akan dapat dulu. Booking di sini bermaksud confirm order dengan deposit. Bila dah bank in deposit, baru tempahan anda akan masuk dalam senarai menunggu dan akan diproses ikut tarikh yang dijanjkan.
 
Kedua, bila order awal senang saya nak peruntukan masa hntuk cari bahan yang diperlukan. Contoh, nak kek yang ada gambar sendiri, nak hiasan yang letak strawberry dan pelbagai lagi. Jadi, saya perlukan masa untuk cari semua bahan tu sebelum mula buat kek. Kat belakang rumah saya tak ada ladang strawberry.

Ketiga, kek atau dessert perlukan masa untuk siap sempurna. Contoh, lepas siap bakar kek perlu disejukkan sebelum melalui proses crumb coat. Kemudian, coating dan deco. Ada sesetengah kek perlu keluar masuk chiller 4-5 kali sebelum betul² siap dan kelihatan cantik!

Jadi, saya harap dengan penjelasan yang ringkas ni anda dapat bagi kerjasama supaya segala urusan kita bersama akan jadi lebih mudah.

Semoga #afidabakery dapat berikan yang terbaik buat semua yang sentiasa yakin dengan kek dan dessert yang disediakan.

Comments