Kenapa Tak Buat Cod

Minggu ni cuba untuk penuhi beberapa permintaan customer yang request delivery. Cuba. Tapi banyak yg unsuccessfull. Terlewat dari waktu yang dijanjikan. Delay.

Ya, lately sy agak susah nak bagi komitmen untuk buat cod. Susah nak tepati masa. Kenapa?

Apa yang orang nampak tak sama dengan apa yang dilalui. Dah ada anak dua ni, dia punya struggle pun lain macam. Anak tengah lasak, nak drive, dengan bawak kek dalam kereta, mana nak tengok waze lagi, memang huru hara tau.

Kadang, baru bukak pintu kereta anak dah start meragam tak nak duduk dalam car seat. Pernah jugak, dah siap nak keluar tiba² kena tukar drypers anak pulak. Macam² lagi sebenarnya kalau nak diceritakan. Hanya insan yang bergelar ibu sahaja akan faham situasi ni.

Itu belum lagi termasuk salah location, salah satu pihak lambat sampai kat tempat yang dijanjikan untuk cod atau tak ada orang kat rumah waktu hantar kek. 

Sebagai seorang ibu, saya rasa sangat tak adil untuk anak² kalau buat jugak cod sedangkan waktu tu adalah masa untuk anak² bermain atau tidur kat rumah. Ini pendapat saya sebagai seorang ibu yang jaga anak sendiri 24 jam. Kesian mereka!

Jadi, atas alasan ni saya decide untuk stop buat cod. Tugas² cod / delivery ni akan diserahkan kat runner sahaja. InsyaAllah, dalam perancangan nak cari part time runner untuk tolong saya. Semoga dipermudahkan. 

Comments