Cerita Tentang Fondant

Antara pilihan untuk bakal pengantin atau keluarga yang nak bawa hantaran ke tempat yang jauh, kek atau cupcake dengan hiasan fondant adalah paling sesuai.

Sebabnya, fondant tak perlu disimpan dalam peti ais, dan ianya lebih lasak berbanding kek yang dihias dengan buttercream atau krim hiasan lain.

Maksud lasak di sini ialah, tak perlu penjagaan yang terlalu rapi waktu travel jauh. In case kalau kek bergerak² sepanjang perjalanan pun, hiasan tak akan terjejas.

Kenapa fondant tak sesuai di simpan dalam peti ais? Sebab ia akan menjadi amat keras pada suhu sejuk, dan bila dikeluarkan dari peti ais ia akan berpeluh seterusnya menyebabkan fondant jadi melekit² dan strukturnya rosak.

Kenapa kek/cupcake dengan hiasan fondant harganya lebih mahal? Itu akan dikupas dalam entry akan datang.




Comments