Tips Pilih Topping Kek Yang Sesuai

Apa beza choc cheese cake dengan moist choc cake? Ni antara soalan yang pernah ditanya.

Choc cheese cake dengan moist choc cake menggunakan dua resipi yang berbeza. Tak sama langsung.

Moist choc cake lebih sesuai deco/topping
dengan buttercream tapi untuk choc cheese cake, sy guna resipi yang lebih sesuai utk topping cream cheese sahaja.

Sebabnya, cream cheese kan lebih sedap makan waktu sejuk². Means bila ambik dari peti ais boleh terus masuk mulut.

Kek yg menggunakan base butter (moist choc cake) akan jadi keras bila simpan dalam peti ais dan akan ambil masa untuk kembali kepada normal. Jadi, kurang sesuai nak gandingkan dengan cream cheese. (dah pernah buat r&d sendiri) 😋

Kedua-dua kek coklat tersebut memang moist, dengan cara dan rasa tersendiri.

Dan, kesemua kek #afidabakery dibakar dalam oven. Bukan kukus. 😉

Comments