Kek biasanya akan dibuat sehari sebelum tarikh ambil atau pagi, jika pelanggan tersebut nak ambil petang hari tersebut.
Once customer dah booking dengan deposit atau full payment, order tersebut akan masuk dalam list dan persediaan seperti cari bahan² akan dilakukan. Contoh, nak order kek yang ada edible image. Bermula dengan search gambar, edit, order, kemudian pick up dari supplier. Proses tu memakan masa paling kurang 2 atau 3 hari.
Sama juga untuk tempahan cupcake fondant contohnya. Nak warnakan fondant, uli dan bentuk perlu dibuat lebih awal. Kemudian bakar kek, kena tunggu sejuk sebelum proses deco dimulakan.
Setiap kerja yang dilakukan telah pun disusun ikut jadual masing².
Sebab tu istilah nak selit order jarang boleh diterima melainkan betul² free sahaja.
Semua pun tahu kan, hasil kerja last minute tak sama kualiti dengan kerja yang memang sudah dirancang awal. Oleh sebab itu anda digalakkan untuk buat tempahan lebih awal. ❤️
Comments
Post a Comment
:)